top of page
Businessmen
ORGANISASI
DAN
KEPIMPINAN
Kids with Backpacks

Sekolah merupakan suatu hal yang sangat penting untuk kehidupan manusia. Dengan tiadanya sekolah, maka nilai dan kualiti pendidikan masyarakat akan terganggu. Selain itu sekolah juga dimaksudkan sebagai suatu lembaga yang digunakan untuk kegiatan belajar bagi para pendidik serta menjadi tempat memberi dan juga menerima pelajaran yang sesuai dengan bidangnya. Sekolah menjadi salah satu tempat untuk mendidik anak-anak dengan maksud untuk memberikan ilmu yang diberikan supaya mereka mampu menjadi manusia yang berguna bagi bangsa dan juga negara. Sekolah juga memiliki peranan yang sangat penting bagi kehidupan bangsa dan juga negara. Kita harus tahu bahawa di sebalik kejayaan sesebuah sekolah itu ada tulang belakangnya. Tulang belakang yang dimaksudkan adalah sesebuah organisasi dan kepimpinan. Tanpa adanya dua elemen ini maka sesebuah sekolah itu tidak mampu berdiri dengan jayanya.

Organisasi

Secara umumnya organisasi boleh didefinisikan sebagai kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu petubuhan untuk tujuan tertentu. Selain itu organisasi juga memiliki definisi sebagai suatu sarana perkumpulan yang diperuntukkan bagi kelompok orang yang saling bekerjasama secara tertib dan terarah untuk meraih tujuan tertentu. Kalau mengambil dari segi buku pula, kamus umum bahasa Indonesia menyatakan bahawa pengertian organisasi adalah penyusunan dan aturan yang berbagai yang baik manusia ataupun lainnya menjadi satu kesatuan yang teratur. Pengertian organisasi lainnya dikemukakan pada buku Sosiologi SMU (J. Murdiyamoko dan C. Hadayani) iaitu suatu sistem sosial dengan identiti bersama, senarai ahli, kegiatan yang jelas, dan peraturan terkait perpindahan ahli. Definisi ini juga sangat dekat dengan pengertian organisasi sosial.

Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (2003) kepimpinan membawa maksud keupayaan memimpin manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan sebagai pemimpin atau daya seseorang pemimpin. Selain itu kepimpinan juga boleh didefinisikan sebagai proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Maka disini kita dapat melihat yang kedua-dua elemen ini iaitu organisasi dan kepimpinan amatlah kuat disebalik kejayaan sesebuah sekolah. Kedua elemen ini tidak dapat dipisahkan kerana setiap organisasi haruslah mempunyai pemimpin. Begitu juga dengan organisasi, setiap organisasi harus juga mempunyai matlamat dan begitu juga dengan kepimpinan. Pemimpin juga harus mempunyai gaya untuk memimpin.

KEPIMPINAN

AUTOKRATIK

KEPIMPINAN

DEMOKRATIK

KEPIMPINAN

KONTENGENSI

KEPIMPINAN 

LAISSEZ-FAIRE

4

JENIS GAYA KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi

AUTOKRATIK

Kepimpinan autokratik ialah seseorang pemimpin itu mementingkan pelaksanaan tugas, dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimpinan seperti ini boleh dilihat di dalam industri. 

LAISSEZ-FAIRE

gaya kepimpinan laissez-faire ataupun dalam erti kata lain kepimpinan yang menggunakan kaedah kebebasan. Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya

DEMOKRATIK

Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Gaya kepimpinan ini boleh kita lihat dalam organisasi sekolah

KONTENGENSI

Gaya kepimpinan kontingensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of the Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontingensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza, struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, serta kelompok kerja.

LATAR BELAKANG KAJIAN

LOGO SEKOLAH MUADZAM SHAH.jpg

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah terletak di Bandar Baru Muadzam Shah dan merupakan sekolah menengah pertama dibina di bandar ini iaitu pada tahun 1983. Kewujudannya sebagai sebuah sekolah berasrama amat diperlukan oleh penduduk disekitarnya seperti Kota Bahagia (20 km), Kota Perdana (25 km), Keratong 7,8,9 dan 10 (25-30 km), Chanis (40 km), Chenderawasih (50 km), Kedaik (42 km) dan Selancar (70 km). Bermula pada tahun 1991 barulah beberapa sekolah menengah lain dibina seperti SMK Perwira Jaya (1991), SMK Perantau Damai (1994), dan SMK Chanis (1997). Dengan wujudnya sekolah-sekolah baru ini, bilangan pelajar dapat dikekalkan sekitar 1200 orang. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A yang telah dinaikkan tarafnya semenjak 1993 lagi.

​

            Pengetua sekolah ini sekarang dipimpin atau diketuai oleh Haji Izalludin Bin Mat Nor. Jika adanya pengetua sudah pasti ada penolong kanannya. Penolong kanan pentadbiran ialah Cikgu Azman Bin Mahat, penolong kanan hal ehwal murid pula ialah Cikgu Ariffin Bin Mat Tahir, penolong kanan kokurikulum pula ialah Cikgu Hajah Norida Binti Saidin dan penolong kanan program persediaan universiti ialah Cikgu Azmat Bin Mohamed. Ini ialah antara organisasi berstruktur garis di SMK Muadzam Shah.

LATAR BELAKANG  SEKOLAH KAJIAN

Objektif Kajian

1.

Mengenal pasti jenis kepimpinan yang disenangi dalam organisasi sesebuah sekolah

2.

 Menganalisis jenis kepimpinan dalam organisasi sekolah.

3.

Menentukan satu ciri kepimpinan yang perlu diaplikasikan dalam organisasi sekolah.

Dapatan Kajian

Sumber Primer

1. Borang Soal Selidik

2. Temu Bual

Sumber Sekunder

Artikel-artikel di laman sesawang

Perbincangan

Berdasarkan data yang telah diperoleh daripada dua Google Form yang ditelah disebarkan kepada umum, dapat disimpulkan bahawa pemimpin ataupun pengetua yang lebih disukai dan disenangi oleh para guru adalah yang berkepimpinan demokratik, dimana pengetua menerima pandangan guru dalam setiap perkara sebelum membuat keputusan akhir. 85 peratus daripada 20 orang guru menyokong kepimpinan tersebut manakala selebihnya menggemari gaya kepimpinan autokratik.

​

Berdasarkan data 50 orang pelajar daripada beberapa buah universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia, majoriti pelajar ini lebih menggemari dan selesa dengan kepimpinan demokratik dimana guru merancang pembelajaran namun turut memberi peluang kepada pelajar untuk memberikan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara berbanding gaya kepimpinan yang lain.

​

Kesimpulan daripada kajian organisasi dan kepimpinan ini, ianya adalah jelas bahawa gaya kepimpinan demokratik adalah gaya kepimpinan yang terbaik untuk diaplikasikan dalam sesebuah organisasi

RUMUSAN

Cadangan dan
Refleksi

Refleksi tugasan yang digunakan adalah kaedah SWOT yang dimana untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, halangan dan juga penambahbaikan demi untuk mencapai satu proses kemajuan dalam kumpulan kami sepanjang melaksanakan tugasan ini di masa yang akan datang dan juga dengan harapan agar tugasan seterusnya kami dapat jalankan dengan lancar dan dapat mengatasi halangan-halangan yang akan ditempuhi dengan lebih bijak.

SWOT

SWOT merupakan singkatan dimana ia menggabungkan kesemua terma kekuatan, peluang, kelemahan dan ancaman. Ini digunakan untuk menganalisis organisasi secara dalaman dan luaran.

 

Kekuatan untuk kumpulan kami adalah mampu membantu seorang pemimpin untuk menjadi pemimpin yang baik kerana beliau dapat mengetahui apa jenis kepimpinan yang disukai dan tak disukai. Di samping itu seseorang akan dapat ilmu sebelum ingin memimpin sesebuah organisasi.

 

Kelemahan yang berlaku disebabkan faktor keadaan semasa dan juga tempoh masa yang singkat untuk menjalankan dapatan kajian kumpulan kami. Disebabkan oleh pandemik yang melanda dunia, maka dapatan kajian kami agak terhad dan tidak memuaskan hati kumpulan kami. Isu tempoh yang singkat pula adalah disebabkan kami kumpulan satu, kami hanya mempunyai satu minggu lebih sahaja untuk menyiapkan tugasan ini sebelum membuat pembentangan seusai sahaja tugasan ini diberikan.

kami juga tidak dapat ke sekolah terpilih untuk menjalankan kajian disebabkan oleh faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan dan diperketatkan di negara kita sepanjang tempoh kami hendak melakukan tugasan ini.

​

Oleh yang demikian, antara penambahbaikan yang dapat diperbaiki adalah sebaiknya tugasan ini dibuat secara bersemuka dengan pergi ke sekolah yang diinginkan dengan harapan agar objektif dapat dicapai dengan jayanya. Seterusnya, mempelajari lebih lanjut lagi bagaimana hendak mendapatkan dapatan kajian selain menggunakan kaedah primer dan sekunder. Walau bagaimana sekalipun, kumpulan kami telah memikul dan menggalas mandat tanggungjawab yang telah diberikan kepada kami dengan sehabis baik.

SWEET
QUOTES

“I like criticism. It makes you strong.” — LeBron James

​

“To teach is to learn twice.”
Joseph Joubert

​

“What we learn with pleasure we never forget.”
Alfred Mercier

​

“The best teachers are those who show you where to look but don’t tell you what to see.”
Alexandra K. Trenfor

LINK BAGI 

KUMPULAN 1

LINK BAGI

KUMPULAN N

bottom of page